Recipes: Crispy Onion Rings

Assalamualaikum.....jom cuba...

Crispy_onion_rings
sedap dimakan panas2 dan cicah cili sos..

Bahan-bahan ( 3-4 orang )

2 biji bawang besar
7 sb tepung gandum
2 sb tepung jagung
1/2 sk baking powder
1/2 sk gula halus
garam secukup rasa
serbuk lada sulah/hitam secukup rasa
1/4 sk serbuk cili
1 biji telur
125 ml susu segar
minyak masak secukupnya untuk goreng terendam

Cara-cara

  1. Crispy_onion_rings_bwg
    Bawang besar dikupas kulit dan hiris bulat setebal 1 cm. dan leraikan menjadi gegelang.Gunakan Bawang besar seperti dlm gmbr....biase dipanggil bawang jepun..
  2. Crispy_onion_rings_tpg
    Satukan kesemua bahan2 kering di dalam mangkuk dan kacau rata.
  3. Crispy_onion_rings_susu_telur
    Satukan susu dan telur di dalam mangkuk berasingan dan kacau sedikit.
  4. Crispy_onion_rings_d_bancuh
    Tuangkan campuran susu ke dalam adunan tepung dan kacau hingga sebati.
  5. Crispy_onion_rings_d_goreng
    Panaskan minyak di dalam kuali.Celupkan bawang kedalam adunan tepung dan goreng hingga kuning keemasan.Jangan goreng terlalu banyak bawang supaya mudah untuk dibalik2kan.
  6. Crispy_onion_rings_d_tos
    Angkat dan toskan di atas kertas serap minyak.Hidangkan ketika panas2 lagi.

SELAMAT MENCUBA !!

2 comments:

Nurdiayana Aziz said...

sedapnyaa...

Cik Siti said...

macam super ring lak...